Sunday, March 3, 2013

Sparkle Grilled Steak

Assalamualaikum semua,

Ehem ehem, betulkan position voice box dulu pagi-pagi ni. Maklumlah belum keluar sepatah pun perkataan dari mulut. Pagi ahad yang indah ni memang best sangat kan kalau sambung beradu di katil yang indah ni. Tapi tak tahulah kenapa aku tak rasa nak sambung balik. Then apa lagi usha-usha lah blog and tiba-tiba 'tink' teringat dekat satu resepi yang aku try haritu. Lama dah nak update tapi asyik busy je kononnya lah. Hiiii..so, harini aku share and harap bermanfaat untuk mereka yang sedang tercari-cari.

Bahan-bahan:

1kg daging (dipotong nipis)
2 biji bawang besar (dikisar)
10 biji bawang putih (dikisar)
1 peket serbuk lada
1 peket kecil ketumbar jintan (dikisar)
1 peket kecil lada hitam (dikisar)
5 sudu besar kicap manis
10 sudu besar sos cili
6 sudu besar sos lada hitam
3 sudu besar madu

Serbuk lada putih (ikut citarasa)
Garam
Gula





Cara-caranya:
Masukkan daging yang telah dibasuh dan ditoskan ke dalam bekas besar. Campurkan kesemua bahan bersama daging tersebut. Tambah sedikit garam dan gula mengikut citarasa anda. Kemudian gaulkan kesemua campuran tadi sehingga betul-betul sebati dan tiada bahagian yang tidak terkena rempah tersebut. Akhir sekali perap daging di dalam peti ais selama semalaman. Lebih lama daging diperap rasanya akan semakin sedap. Sedia untuk di bakar.

Tadaaaa...and ni adalah hasil cubaan pertama aku. Bagi aku sangat sedap sampaikan makan daging je tak makan nasi pun. Hehe.






Macam kat restaurant, kelas kau jah ;)Terus berdendang perut aku bila tengok gambar ni. Belum breakfast lagi  ==                          
Tak boleh jadi ni. Bye, nak pergi buat breakfast pulak lah.




Sunday, February 24, 2013

Bendera Hill

Assalamualaikum semua,


Alhamdulillah, weekends yang sangat best tapi penat tak terkata. Seminggu kerja dekat klinik kesihatan sangat menyeronokkan. Tak stress, tak boring, tak lapar (tak lapar tu yang penting) senang cakap bahagia lah kat sana. Next week balik hospital kerja dekat poliklinik pulak. Harap okay jugak.Hihi.

Sebenarnya sebab apa best weekends ni kan? Sebabnya semalam aku, Ainaa, Shikin pergi jenjalan kat penang. Jauh kami pi habaq hang. Kak Nailla yang sporting tulah yang beria ajak kitorang travel ni. Cakap banyak pun tak guna. Tengok sendiri lah pengalaman indah kami semua.Ayuh!

Memang rasa nak tercabut urat perut.

Tengoklah betapa tingginya Bkt. Bendera ni.

Posing walaupun dalam hati "aku takut dowh"

Masjid Bukit Bendera.

Riang ria kata Shikin ;)

Owl Museum. Tapi tak masuk sebab kene bayar :(

Buai laju-laju, sampai pokok sena ;)

Bukti dah pernah naik Bkt Bendera.

Replika train yang kami naik. Tapi bukan kayulah  yang kita naik tu.

Shikin, Kak Nailla & me :)

Muka bahagia mereka

Gajah jinak ;)

Batu Feringghi sangat menenangkan ;)

Thailand Seafood Restaurant

Sempat posing atas batu tepi laut

Shikin dengan muka sukahati nya :)

Kalau pi Penang mesti minum ayaq kelapa ni.
p/s: lupa pulak nak bagitau benda paling penting. kalau naik train tu wajib bawa kad pengenalan untuk kompemkan kita ni warganegara and harga lebih murah iaitu RM8 (dewasa) perjalanan pergi dan balik. untuk student kene bawak i/c and kad pelajar so dapat lah harga semurah RM4 untuk perjalanan pergi dan balik. parking pulak kene bayar RM4 tak kisah lah berapa lama pun nak parking.maaf sebab tak ingat harga untuk kanak-kanak =='

Sunday, February 17, 2013

Selamat Pengantin Baru

Assalamualaikum semua,


Alhamdulillah, masih diberi kesempatan oleh-Nya untuk terus bernafas dan mengabdikan diri di atas muka bumi ini. Aku sebenarnya rindu sangat nak berkongsi cerita dekat sini. Tapi apa boleh buat, selalu je takde masa. Padahal 24 jam sehari tu satu masa yang amat panjang.

Hamek kau, mukaddimah tak boleh blah. Bahana lama tak merapu kat sini. First of all, salam maal hijrah, selamat tahun baru 2013, salam maulidur rasul (all in one, and semua dah basi). Tapi takpe.

Ceritanya aku nak update ni sebab haritu pergi wedding 2 pupu aku. Wedding pun dah lame lepas (9/2/2013) baru nak update . Anyway the brides sangat lah cantik menawan. Apa kata orang secocok bagai pinang dibelah dua.Hrmmm, yang perempuan comel tersangat and yang lelaki hensem tersangat <<<ni yang nak highlight nya. Amboi... laki orang tu, sedar sikit. Apepun SELAMAT PENGATIN BARU  and kita preview their sweet pictures. Let's go!

Pelamin yang sangat cantik

Bilik pengantin, sentuhan tangan makcik2 sendiri :)

My mak-mak sedara :)

Dislike gambar ni sebab aku nampak sangat kontra dengan pengantin :(

Brides with the pengapits :)
Kupu-kupu si pengantin perempuan (sempat berdiri sebelah pengantin lelaki tu)
Zoom in kedua mempelai.Cantik sangat :)


Sunday, October 14, 2012

Aku terima nikahnya

Assalamualaikum semua,


Allah sentiasa ada disisi kita :)
Alhamdulillah semoga segala yang telah aku lalui diredhai dan diberkati oleh yang maha esa. Lama tak update kan sebab iyelah busy dengan final. Kepada sesiapa yang terbaca blog ni aku harap dapat doakan kejayaan aku untuk final exam yang dah lepas tu ye.Hihi terima kasih :)

Bila lama tak update terlalu banyak cerita yang aku nak share, bila banyak cerita nak share terlalu malas nak menaip rasanya. Haha panjang betul hypothesis aku kan.

Ermm, nak mula dari mana ni ye. Macam ni lah, mula-mula aku nak cakap yang segala urusan hati dan perasaan aku dah selesai. Biarlah semuanya tinggal kenangan. Cerita yang lebih lanjut biar aku simpan dalam hati je lah. Boleh jadikan modal untuk bercerita dengan future family kan.. Hikhikhik...

Next is, macam nak buat essay MUET pulak. Oh ya! cerita pasal MUET aku dapat band 3 je. Hajat hati nak dpt BEN 10 tak tercapai pulak. Bersyukur ye, untung Allah bagi tau, kalau tak, tak ke merana. Apa aku nak cakap sebenarnye ni. Merapu lah hai. 

Okay-okay sambung, actually nak cakap pasal movie baru ni.
*hamboihh, habis final terus terjah movie.tak fikir lain dah* Takde lah tengok trailer "Aku Terima Nikahnya" tu menarik sangat. Rasa excited nak tengok. Tapi tunggu orang download lah ye belanja wayang lah macam ni. Anyway aku tunjuk OST dye dulu kasi feeling lah sikit kan. *actually aku dah ketinggalan zaman untuk mengupdate cerita ini. sob..sob..sob...*



Dengan lafaz 'aku terima nikahnya' kau jadi milikku..omooo...so sweeettt~




















Saturday, September 15, 2012

One moment :)

Assalamualaikum semua,

Hehehe, tiba-tiba rasa nak gelak. Tapi sebenarnya sedih pun ada sebab ada dua. Satu raya dah nak habis, dua sebab ni lah gathering terakhir kitorang as Medical Imaging Student. Sedih tau sebab sedar tak sedar dah dekat 3 tahun kitorang bersama and end up dengan perpisahan. Adat lah setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Apa yang kita sayang tak kan dapat kita miliki untuk selamanya.

Adeh, bermadah pujangga pulak. Sebenarnya aku update post ni sebab nak tunjuk gambar last jamuan raya kami bersama and sebagai penutup raya tahun ni. Insyaallah, panjang umur boleh jumpa lagi ramadan n syawal tahun depan tapi dengan kawan-kawan yang sama tak tahu lah, ada rezeki jumpa lah. Hehe ;)

Okay lah taknak cakap banyak, kita tengok apa ada bawah ni...Roll camera action!

aweks cun gila habaq hang :p

akak2 & abang2 :)

kami lah ni :)

adik-adik kecik kami :)

gossip girls :)

bini-bini orang :)

women in black :)
Antara kenangan terindah yang tak dapat dilupakan. Ermmm, baru balik dari korea ni..Hihi ;)

Tuesday, September 4, 2012

A wonderful journey starts here :)



Assalamualaikum semua,

Wah, lame tak jengah ke mari. Alhamdulillah blog & tuan punye blog masih sihat walafiat. But, 2 hari ni aku mengalami kesakitan dan penyeksaan macam orang baru lepas pantang bak kata member2 aku. Nak tau ape jadi??? Kita kasi roll dulu. Jajang!!!





stretching untuk apa ni???

ni baju zoo kan? apehal ade kat sini kan...jap, ade lagi.....

mcm hutan kan?

mmg betul lah hutan ;)


ape kes rock climbing ni...

hrmmm, ni camping site, what happen act?

mak oiiiii....betul ke mimpi ni???


masak- masak?


survival....? makin confuse lah..


teh o tersedap pernah aku rasa :)

ni mcm atas bukit, tapi dimana ye?

kat mane ni?tak jelas lah signboard tu..kasi zoom sikit...hihi...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

laaaa...sampai LEDANG rupanya, gangster tak gangster gua kan ;)

alhamdulillah, berkat usaha kitorang & bantuan drpd the superhero ni...
Gangster kan kitorang, haaa korang bila lagi? kami semua dah tawan gunung ledang dengan puterinya sekali.Hehe..Anyway, ni adalah satu pengalaman hidup yang tak boleh dilupakan selagi hayat dikandung badan :)





























Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...