Sunday, March 3, 2013

Sparkle Grilled Steak

Assalamualaikum semua,

Ehem ehem, betulkan position voice box dulu pagi-pagi ni. Maklumlah belum keluar sepatah pun perkataan dari mulut. Pagi ahad yang indah ni memang best sangat kan kalau sambung beradu di katil yang indah ni. Tapi tak tahulah kenapa aku tak rasa nak sambung balik. Then apa lagi usha-usha lah blog and tiba-tiba 'tink' teringat dekat satu resepi yang aku try haritu. Lama dah nak update tapi asyik busy je kononnya lah. Hiiii..so, harini aku share and harap bermanfaat untuk mereka yang sedang tercari-cari.

Bahan-bahan:

1kg daging (dipotong nipis)
2 biji bawang besar (dikisar)
10 biji bawang putih (dikisar)
1 peket serbuk lada
1 peket kecil ketumbar jintan (dikisar)
1 peket kecil lada hitam (dikisar)
5 sudu besar kicap manis
10 sudu besar sos cili
6 sudu besar sos lada hitam
3 sudu besar madu

Serbuk lada putih (ikut citarasa)
Garam
Gula





Cara-caranya:
Masukkan daging yang telah dibasuh dan ditoskan ke dalam bekas besar. Campurkan kesemua bahan bersama daging tersebut. Tambah sedikit garam dan gula mengikut citarasa anda. Kemudian gaulkan kesemua campuran tadi sehingga betul-betul sebati dan tiada bahagian yang tidak terkena rempah tersebut. Akhir sekali perap daging di dalam peti ais selama semalaman. Lebih lama daging diperap rasanya akan semakin sedap. Sedia untuk di bakar.

Tadaaaa...and ni adalah hasil cubaan pertama aku. Bagi aku sangat sedap sampaikan makan daging je tak makan nasi pun. Hehe.






Macam kat restaurant, kelas kau jah ;)Terus berdendang perut aku bila tengok gambar ni. Belum breakfast lagi  ==                          
Tak boleh jadi ni. Bye, nak pergi buat breakfast pulak lah.




Sunday, February 24, 2013

Bendera Hill

Assalamualaikum semua,


Alhamdulillah, weekends yang sangat best tapi penat tak terkata. Seminggu kerja dekat klinik kesihatan sangat menyeronokkan. Tak stress, tak boring, tak lapar (tak lapar tu yang penting) senang cakap bahagia lah kat sana. Next week balik hospital kerja dekat poliklinik pulak. Harap okay jugak.Hihi.

Sebenarnya sebab apa best weekends ni kan? Sebabnya semalam aku, Ainaa, Shikin pergi jenjalan kat penang. Jauh kami pi habaq hang. Kak Nailla yang sporting tulah yang beria ajak kitorang travel ni. Cakap banyak pun tak guna. Tengok sendiri lah pengalaman indah kami semua.Ayuh!

Memang rasa nak tercabut urat perut.

Tengoklah betapa tingginya Bkt. Bendera ni.

Posing walaupun dalam hati "aku takut dowh"

Masjid Bukit Bendera.

Riang ria kata Shikin ;)

Owl Museum. Tapi tak masuk sebab kene bayar :(

Buai laju-laju, sampai pokok sena ;)

Bukti dah pernah naik Bkt Bendera.

Replika train yang kami naik. Tapi bukan kayulah  yang kita naik tu.

Shikin, Kak Nailla & me :)

Muka bahagia mereka

Gajah jinak ;)

Batu Feringghi sangat menenangkan ;)

Thailand Seafood Restaurant

Sempat posing atas batu tepi laut

Shikin dengan muka sukahati nya :)

Kalau pi Penang mesti minum ayaq kelapa ni.
p/s: lupa pulak nak bagitau benda paling penting. kalau naik train tu wajib bawa kad pengenalan untuk kompemkan kita ni warganegara and harga lebih murah iaitu RM8 (dewasa) perjalanan pergi dan balik. untuk student kene bawak i/c and kad pelajar so dapat lah harga semurah RM4 untuk perjalanan pergi dan balik. parking pulak kene bayar RM4 tak kisah lah berapa lama pun nak parking.maaf sebab tak ingat harga untuk kanak-kanak =='

Sunday, February 17, 2013

Selamat Pengantin Baru

Assalamualaikum semua,


Alhamdulillah, masih diberi kesempatan oleh-Nya untuk terus bernafas dan mengabdikan diri di atas muka bumi ini. Aku sebenarnya rindu sangat nak berkongsi cerita dekat sini. Tapi apa boleh buat, selalu je takde masa. Padahal 24 jam sehari tu satu masa yang amat panjang.

Hamek kau, mukaddimah tak boleh blah. Bahana lama tak merapu kat sini. First of all, salam maal hijrah, selamat tahun baru 2013, salam maulidur rasul (all in one, and semua dah basi). Tapi takpe.

Ceritanya aku nak update ni sebab haritu pergi wedding 2 pupu aku. Wedding pun dah lame lepas (9/2/2013) baru nak update . Anyway the brides sangat lah cantik menawan. Apa kata orang secocok bagai pinang dibelah dua.Hrmmm, yang perempuan comel tersangat and yang lelaki hensem tersangat <<<ni yang nak highlight nya. Amboi... laki orang tu, sedar sikit. Apepun SELAMAT PENGATIN BARU  and kita preview their sweet pictures. Let's go!

Pelamin yang sangat cantik

Bilik pengantin, sentuhan tangan makcik2 sendiri :)

My mak-mak sedara :)

Dislike gambar ni sebab aku nampak sangat kontra dengan pengantin :(

Brides with the pengapits :)
Kupu-kupu si pengantin perempuan (sempat berdiri sebelah pengantin lelaki tu)
Zoom in kedua mempelai.Cantik sangat :)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...