Sunday, October 14, 2012

Aku terima nikahnya

Assalamualaikum semua,


Allah sentiasa ada disisi kita :)
Alhamdulillah semoga segala yang telah aku lalui diredhai dan diberkati oleh yang maha esa. Lama tak update kan sebab iyelah busy dengan final. Kepada sesiapa yang terbaca blog ni aku harap dapat doakan kejayaan aku untuk final exam yang dah lepas tu ye.Hihi terima kasih :)

Bila lama tak update terlalu banyak cerita yang aku nak share, bila banyak cerita nak share terlalu malas nak menaip rasanya. Haha panjang betul hypothesis aku kan.

Ermm, nak mula dari mana ni ye. Macam ni lah, mula-mula aku nak cakap yang segala urusan hati dan perasaan aku dah selesai. Biarlah semuanya tinggal kenangan. Cerita yang lebih lanjut biar aku simpan dalam hati je lah. Boleh jadikan modal untuk bercerita dengan future family kan.. Hikhikhik...

Next is, macam nak buat essay MUET pulak. Oh ya! cerita pasal MUET aku dapat band 3 je. Hajat hati nak dpt BEN 10 tak tercapai pulak. Bersyukur ye, untung Allah bagi tau, kalau tak, tak ke merana. Apa aku nak cakap sebenarnye ni. Merapu lah hai. 

Okay-okay sambung, actually nak cakap pasal movie baru ni.
*hamboihh, habis final terus terjah movie.tak fikir lain dah* Takde lah tengok trailer "Aku Terima Nikahnya" tu menarik sangat. Rasa excited nak tengok. Tapi tunggu orang download lah ye belanja wayang lah macam ni. Anyway aku tunjuk OST dye dulu kasi feeling lah sikit kan. *actually aku dah ketinggalan zaman untuk mengupdate cerita ini. sob..sob..sob...*



video
Dengan lafaz 'aku terima nikahnya' kau jadi milikku..omooo...so sweeettt~




















Saturday, September 15, 2012

One moment :)

Assalamualaikum semua,

Hehehe, tiba-tiba rasa nak gelak. Tapi sebenarnya sedih pun ada sebab ada dua. Satu raya dah nak habis, dua sebab ni lah gathering terakhir kitorang as Medical Imaging Student. Sedih tau sebab sedar tak sedar dah dekat 3 tahun kitorang bersama and end up dengan perpisahan. Adat lah setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Apa yang kita sayang tak kan dapat kita miliki untuk selamanya.

Adeh, bermadah pujangga pulak. Sebenarnya aku update post ni sebab nak tunjuk gambar last jamuan raya kami bersama and sebagai penutup raya tahun ni. Insyaallah, panjang umur boleh jumpa lagi ramadan n syawal tahun depan tapi dengan kawan-kawan yang sama tak tahu lah, ada rezeki jumpa lah. Hehe ;)

Okay lah taknak cakap banyak, kita tengok apa ada bawah ni...Roll camera action!

aweks cun gila habaq hang :p

akak2 & abang2 :)

kami lah ni :)

adik-adik kecik kami :)

gossip girls :)

bini-bini orang :)

women in black :)
Antara kenangan terindah yang tak dapat dilupakan. Ermmm, baru balik dari korea ni..Hihi ;)

Tuesday, September 4, 2012

A wonderful journey starts here :)



Assalamualaikum semua,

Wah, lame tak jengah ke mari. Alhamdulillah blog & tuan punye blog masih sihat walafiat. But, 2 hari ni aku mengalami kesakitan dan penyeksaan macam orang baru lepas pantang bak kata member2 aku. Nak tau ape jadi??? Kita kasi roll dulu. Jajang!!!





stretching untuk apa ni???

ni baju zoo kan? apehal ade kat sini kan...jap, ade lagi.....

mcm hutan kan?

mmg betul lah hutan ;)


ape kes rock climbing ni...

hrmmm, ni camping site, what happen act?

mak oiiiii....betul ke mimpi ni???


masak- masak?


survival....? makin confuse lah..


teh o tersedap pernah aku rasa :)

ni mcm atas bukit, tapi dimana ye?

kat mane ni?tak jelas lah signboard tu..kasi zoom sikit...hihi...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

laaaa...sampai LEDANG rupanya, gangster tak gangster gua kan ;)

alhamdulillah, berkat usaha kitorang & bantuan drpd the superhero ni...
Gangster kan kitorang, haaa korang bila lagi? kami semua dah tawan gunung ledang dengan puterinya sekali.Hehe..Anyway, ni adalah satu pengalaman hidup yang tak boleh dilupakan selagi hayat dikandung badan :)





























Monday, July 30, 2012

Bintang ,星 ,نجم ,별 ,star

Assalamualaikum semua,

satu antara berjuta :)
Alhamdulillah, MUET semua dah settle. Tinggal lagi test yang sangat menggunung for this week and satu pun tak baca lagi...wuwuwu. Macam mana nak tangkap mood eh, aku temgok diorang ni pepagi buta dah bace buku. Ades, rase terkene kat batang hidung sendiri je. Macam kene sindir pun ade.Haha.


Nevermind, before aku start mentelaah ni, aku terfikir nak bagitau something sebab ramai yang bertanya soalan ni (hakikatnye aku bercakap sorang-sorang sebab mane ade orang bace blog ni, kikiki).


Adelah one day to, one of my friends ask me,
"Qeen, kenapa bintang? kenapa tak bulan?"


That's the question. Since almost all my friends tahu yang aku sangat sukakan bintang. Tapi masa tu aku tak jawab lah sebab segan. Takkan nak berpujangga depan diorang pulak. So, aku amek keputusan untuk tulis je.


Jawapan kepada kenapa bintang senang je, sebab bintang tu kan terlalu banyak Allah ciptakan dekat angkasa raya. Jadi aku nak jadi one of that bintang. Kalau aku nak jadi bulan, bulan kan ade satu je jadi takde ape yang special nya sebab semua orang akan dapat bulan tu. So, bila jadi satu antara berbillion-billion bintang yang ada, aku harap aku dapat jadi someone yang sangat special untuk someone. Aku harap supaya aku dapat jaga diri aku untuk jadi yang limited edition :)


Harap korang faham dengan ape yang aku bebelkan pepagi ni *-*

Monday, July 16, 2012

Cuti-cuti Malaysia

Assalamualaikum semua,
volunteer tag :)
Wah, weekends lepas ni mmg busy betul aku. Start dgn sabtu lepas ade orientation untuk junior kat PD. Balik dah malam, then ahad semalam dapatlah rehat barang sehari. Harini pulak pergi beramah mesra bersama haiwan-haiwan di zoo negara. 


Preservation & conservation day. Memang terbaek lah. Suka sangat sebab dah lama tak masuk zoo jumpa 'kawan-kawan' lama. Hehe.. Ade sikit gambar lah aku nak share dengan korang semua. Ni je yang aku dapat amek kawan aku amek. Sendiri lupa nak bawak camera. Hihihi...


gajah berdiri :)

ostrich kecik...

hobbit & wizard :)

kura-kura yg sgt besar, umurnye 100 thn..wow!

tak tau ape nama burung ni..hihi ;)

kwang soo oppa :)

Actually ada banyak lagi gambar, tapi tak larat lah nak upload semua. Ni pun cukup lah kan. Hihi...

Saturday, June 30, 2012

Pasar malam

Assalamualaikum semua,

gambar takde kene mengena ;)
Wahahaha...bersesak-sesak atas bas tadi semata-mata nak pergi pasar malam. Apelah aku ni. Bukan apa terasa nak makan macam-macam yang takde kat hutan tempat aku berhibernasi ni. Kesian betul kat aku ni. Jadi alang-alang dah keluar macam-macam lah yang aku borong, baik-baik nak beli makanan jadi benda lain pulak. Hrmmm, akibatnya duit pun melayang lah. Tapi takpelah, untuk kepuasan hati sendiri.Hihi..

Thursday, June 21, 2012

Diari hati~

Assalamualaikum semua,
suka & benci sesuatu biarlah berpada :)
Wahahahaha...lama sungguh kita tidak bertemu kan kawan-kawan (ada kawan ke kat sini ==')..Errr..takpe lah, yang penting aku nak bagitau yang aku sihat , ceria dan dah masuk sem baru.Hihihihi..sukaaaa...sangat..


Alhamdulillah, first presentation berjalan dengan lancar tanpa sebarang gangguan. Syukur sangat-sangat sebab dah lepas. Tinggal yang grouping je lepas ni.


Actually, tadi aku ada terbaca satu post dari fb member aku. Susunan ayat yang sangat bermakna dalam diri aku rasanya. Aku rasa tersentuh dan tertarik untuk copy ayat beliau. Ahaa..beliau gitu, tak tahan. Hahaha..


ada sesiapa yang berani amek kunci ni??? =p

Belajarlah mencintai orang yang hari ini masih milikmu
sebelum dia pergi dari hidupmu, hari ini mungkin dia masih mencintaimu, tapi mungkin esok tidak akan ada lagi cinta untukmu dan mungkin esok kamu yang akan lebih mencintai dia ketika dia telah pergi. Jadi jangan pernah sia-sia kan cinta yang selama ini telah mengisi hatimu.


Credit to him and thank you so much :)

Wednesday, March 28, 2012

Cinta matiku

Assalamualaikum,

never stop loving u ;)
Guys, aku dah balik rumah. Cuti sem dah start and replicate life aku bermula bak kata dye. Haha, semalam adalah journey balik kampung yang paling best untuk aku sebab ditemani orang tersayang. OMG!!!! actually aku tak aspect langsung boleh dapat message dari dye. Sampai harini and bila-bila pun aku takkan lupa punye. Aku suka sangat-sangat. Waaaaaa....tak tau nak cakap macam mana. Tak boleh digambarkan dengan kata-kata dan tulisan, hamboih...jiwang pulak malam ni.Ahaks...


p/s: ape pun jadi, i will love u forever :)

Friday, March 23, 2012

Count down

Assalamualaikum,

gud luck guys :)



gud luck awak ;)
Hye...waaa..lame dah tak menulis menaip, rindu pulak rasanya. Sekarang ni aku tengah final exam sebenarnya. So, dah lame tak tau tentang perkembangan dunia cyber ni. Ni pun curi-curi masa sikit sementara ada masa untuk berblogging. Aiseh, tak banyak pun nak cakap. Juz wanna wish all da best to all my lovely frenz for the remaining final paper. 1 more paper to go. Wohaaa...tak sabar rasanya nak abeskan sebab nak lepaskan semua beban kat kepala ni.Huhu.


Ya Allah, kuatkanlah semangat hamba untuk menghadapi paper yang seterusnya ni. Aku harap sangat dapat berjaya dengan cemerlang untuk sem ni :)


p/s: all da best korang.uollz can do it !!!

Tuesday, February 28, 2012

Dugaan

Assalamualaikum,

menangislah wahai hati :'(


jangan sedih kerana Allah sentiasa bersamamu :)
Ya Allah, aku yakin ini adalah sebahagian dari ujian mu kepadaku. Jika aku tidak mampu mengahadapinya tidak mungkin kau turunkan kepadaku.


Aku harap aku mampu bersabar dan terus bersabar. Tapi hati seorang manusia lagi pula seorang perempuan terlalu lembut untuk disakiti. Aku terasa tak mampu untuk menggalas dugaan ini.


Kenapa dorang semua sanguup gula-gulakan kitorang. Buat macam kitorang ni boneka yang langsung takde hati dan perasaan. Kitorang tau kitorang salah, tapi please lah asyik kitorang je yang kene tembak. Terasa macam worse giler and tak gune langsung dalam kelas tu. Bile jadi macam tu semua orang pandang kitorang macam ape je. Macam menunjukkan kitorang ni tak pandai, kitorang ni tak study and all bad things are kitorang.


Entah lah, tak tau nak cakap macam mane lagi. Aku harap sangat semoga ade hikmah disebalik semua yang jadi ni...Kuatkan hati hamba Ya Rabb...


p/s: hidup kite tak selalu indah, terkadang terjatuh, terkadang terduduk dan terkadang kita mampu berjalan seperti biasa...

Monday, February 27, 2012

:)

Assalamualaikum,



Hehe, speechless. Tak tau nak cakap ape. Aku hanya mampu tersenyum tersenyum dan terus tersenyum macam orang gila.

Saturday, February 25, 2012

Titisan airmata

Assalamualaikum,


Fuhhh!!! tak tau nak cakap ape lagi. Segalanya macam mimpi, terjadi dalam sekelip mata. Itu je yang aku dapat cakap buat masa ni. Semuanya macam berkecai & berderai tanpa meninggalkan serpihan yang boleh dicantum kembali...Mungkin ada yang lebih baek dari tu. Redha & ikhlas terima semua dengan seadanya.

p/s: do help me ya allah...kuat kan hati hamba :'(

Friday, February 24, 2012

I love u

Assalamualaikum,

Uollz!!!! sihat? i sihat2 je kat sini..Haha..Takde orang tanye pun = ='.
Rase lega sikit sebab dah share some stories with my brother. Ape-ape pun abang cakap cuba belajar untuk suka orang yang suka kita daripada terus-terusan suka orang yang tak pasti suka kita ke tak.
Hurmmm...bingung, serabut fikir pasal semua ni. Rupe-rupenye macam ni life bile dah besar. Ingatkan best sangat.


p/s: I love u 

Tuesday, February 21, 2012

Phewwwww ;)

Assalamualaikum,


Hye uollz...myollz nk bg tauharitu myollz jumpe minah arab ni tau. Kelas kau jaaahhh...Mata dye hamboiii,nak biru aje...Ahaaaa

Tuesday, January 24, 2012

Tragedi Januari

Assalamualaikum semua,
have a blessed dragon year :)

Orang raya cina dia beraya sakan. Ha akibatnye sibuk nak balik jugak padan muka aku. Ni la jadi nye. Dengan Bib sekali aku heret. Sorry ye Bib, aku tak sengaje nak heret kau. Peringatan untuk diri aku sendiri supaya gamble lagi senang daripada nak terkejar and lastly tak terkejar.

Tarikh keramat aku 21/1/2012.

Orang dok sibuk kawen dye dok sibuk nak kejar bas. HAHAHA~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...