Monday, December 12, 2011

Marathon ;)

Assalamualaikum,

tak sabar nak tengok sambungannye :)


ni pun memang terbaek tapi novel lagi best la ;)

Hai guys, aku baru teringat nak bercerita kat semua, Jumaat lepas (9/12/2011) aku buat marathon baek punye tapi bukan dekat padang ye marathon kat wayang. HAHA... Aku sakan giler. mula-mula 11.30 tu warming up dulu dengan BREAKING DAWN then, terus sambung terus dengan movie terhangat masa kini, apa lagi kalau bukan OMBAK RINDU kan kan kan..hehe.


Rase puas hati sangat-sangat sebab dapat tunaikan hajat diri sndiri. Memang terbaek la. First time kot aku buat dalam hidup aku. Best giler sebab yang tengok pun sekepala dengan aku. So, memang takde masalah la.
Tapi kan yang kelakar nye naseb aku tak beli tisu banyak-banyak. Katenye sedeh sangat ombak rindu tu,kalau bace novel baru lah aku boleh nanges. Ini tak cite belum ape-ape lagi orang belakang aku dah nanges. Tangkap betul dorang ni, pelakon pun belum nanges lagi time tu...HAHA~
Ni lah aku rasa kenangan yang tak boleh aku lupe :)


p/s: agak-agak korang la kan,bro bace lagi tak blog aku ni? maklum lah dah lame terbengkalai..hehe...

Sunday, December 4, 2011

Pesanan

Assalamualaikum semua,

Just sharing sebab tiba-tiba teringat dekat my dearest brother. Dye selalu pesan kat aku kalau nak berjaya dalam hidup jangan sekali-kali tinggalkan solat sebab solat kan tiang agama. 
Tapi paling penting untuk mulakan hari kita supaya terus diberkati sepanjang hari solat subuh jangan la berani nak tinggal. Macam aku tak tau ade dikalangan kite and kadang-kadang aku pun terlepas. Tapi jangan lupa qada balik.

Monday, November 28, 2011

New Year :)

Assalamualaikum semua,
Guys!!!
How are you? Hope you all semua sihat-sihat belaka hendaknya.
Lebih kurang 4 bulan meninggalkan aktiviti menulis ni tak tau lah boleh terus menulis lagi ataupun tidak. Last post was about wishing a special day to a special person.
Hadoiii,actually i have no idea and have nothing to talk about.


Before that,belum terlambat rasenye untuk aku ucapkan Salam Maal Hijrah 1433 untuk semua muslimin muslimat seluruh dunia :) Tahun baru ni tanamkan azam baru and kalau boleh azam lame yang belum settle tu korang foward lah ke tahun ni ye.Lagi senang kalau tak nak rase terbeban korang tak payah berazam.HAHAHA ;p


Sebenarnya dah seminggu start belajar balik lepas hampir 2 bulan cuti panjang.Hrmm,biasa lah untuk aku mood tu macam belum datang lagi. Tak tau lah nak buat macam mane.Hihihi..


you all are da best :)
Eh, semalam malaysia lawan bahrain kan utk kelayakan olimpik tapi kalah 2-3. Sedih jugak lah aku dengar. Aku nak tengok tapi almaklumlah kat hostel mane ade tv. Kesian kat players kan. Harapan berkecai dalam 10 minit je. Tapi nak buat macam mane.Ade hikmah disebalik semua ni.Bukan rezeki dorang kan.
Anyway HARIMAU MUDA jangan cepat mengalah.Teruskan berusaha.Mungkin korang akan dapat peluang yang lebih baik untuk masa akan datang ni.

Thursday, May 26, 2011

:'(

Aku tak nak jadi derhaka, aku tak nak jadi kurang ajar, aku tak nak dapat dosa free-free je....
Tapi keadaan memaksa aku, tolong lah faham perasaan aku. Tolong lah...

Saturday, May 21, 2011

Assalamualaikum,






Lagu yang ditujukan khas untuk abang aku.

Hai abang!

Wednesday, May 18, 2011

Rumah kata pergi kubur kata mari ~

Assalamualaikum,


Hai abang-abang dan kakak-kakak sekalian,

(klik gambar ini)



Hari ni aku nak nyanyikan satu lagu yang sangat special untuk korang aku sendiri.Takpe lah takde orang nak nyanyikan biar aku nyanyi sendiri je.Hehe.


Happy birthday to me....
Happy birthday to me...
Happy birthday to me sakinah...
Happy birthday to me...


Okay, tepuk tangan semua.Sedap tak aku nyanyi.Hee...Dikesempatan ni aku nak ucapkan selamat menempuh hari tua untuk diri aku sendiri and mungkin kepada pembaca yang sama tarikh lahir dengan aku.
Terima kasih yang tak terhingga jugak kepada semua yang wish aku malam tadi.Tak lupa untuk member-member stf yang nyanyi malam tadi.Aku terharu giler korang,aku memang tak sangka korang ingat lagi kat aku.Thanx a lot beb.


LOVE YOU ALL SO MUCH~~~


p/s:aku nak hadiah...takde sape ke yang nak bagi..huhu (muka tak malu)

Wednesday, May 11, 2011

Assalamualaikum,




Hello hello hello, eh mane pergi bro ni. Senyap je.

Sunday, May 8, 2011

Ratu hatiku :)

Assalamualaikum,

                 


Mak! 
~Selamat Hari Ibu~
Love you :)

Saturday, May 7, 2011

Laman sosial penyebab salah sangka

Assalamualaikum,


Hello guys,





Hari ni aku nak bercakap sikit lah tentang ketidakpuasan hati aku terhadap laman sosial sekarang ni. Kita semua tau kan sekarang ni banyak sangat laman sosial untuk kita berchatting contohnya yang paling femes sekarang ni facebook disusuli dengan ym. 


Banyak pro and cons nye kita guna kemudahan ni semua. Yang bagusnya kita dapat berhubung dengan semua orang tanpa mengeluarkan modal*orang yang agak-agak kedekut sesuai sangat lah guna cara ni*, just bayar broadband je lah kan tiap-tiap bulan. Lagi satu cara ni dapat mengeratkan hubungan seseorang tu dengan yang lain. Yang selama ni tak bertegur sapa pun boleh jadi mesra alam gitu. Ni semua faedah nya and banyak lagi lah kan. Tapi yang sebaliknya benda-benda ni semua jugak boleh menyebabkan kita gaduh dengan kawan kita.


Ni aku cerita berdasarkan pengalaman aku lah. Aku pernah nak terbergaduh dengan member aku gara-gara facebook. Biasalah kan, kita kalau guna broadband tu line bukannya betul sangat. Kadang-kadang tu disconnect pun kita tak perasan. Kene pulak time tu kita tengah chat dengan kawan kita yang tengah nak mintak tolong kita buatkan something yang penting untuk dia. Dia type ape yang dia nak and send kat kita tapi kita tak dapat bende tu. Kita pulak diamkan je lah kan sebab tengok dia dah offline. Maybe dia dah dapat buat kot. Then, esoknya bila kita jumpa dia, dia langsung tak nak tegur kita. Kita tegur pun dia buat dek je. Kita pun tak tau apa salah kita kan. Tup-tup dapat tau rupanya dia marah kat kita sebab kita tak buat apa yang dia mintak tolong tu. Haaa, kan dah jadi gaduh kat sini.


Kesimpualnnya lah kan. kalau ada something yang penting tu jangan lah gunakan laman chatting ni sebagai medium. Takut apa yang kita nak tu tak sampai kat orang tu and jadi salah sangka pulak.


Lagi satu line maxis kat palam pun boleh buat gaduh jugak.Member aku kata aku sombong sebab tak balas message dia. Padahal satu messege pun aku tak dapat.Hrmmm,sabar je lah kan.

Friday, May 6, 2011

wink wink wink ;)

Assalamualaikum,








leng zai loo~



Thursday, May 5, 2011

JOZAN always the best

Assalamualaikum,


JOZAN!!! korang memang yang terbaek. 4 thumbs up*jari tangan + jari kaki* untuk korang. Always support u all.




Saturday, April 30, 2011

gembira bersama bintangku :)

Assalamualaikum,

nak reti maen macam orang lain :(
(bulanbintang)


Hari ni sebenarnye aku nak cakap pasal semalam.Tapi...cop cop cop,aku nak cakap jugak yang sekarang ni aku dah ada kat rumah.Best pun ye sedey pun ye.Best sebab dah balik rumah la kan,sedey sebab da tak jumpa my bintang member-member lagi untuk lebih kurang 4-5 bulan akan datang.Huhu.


Okay,back to my main point.Aku nak cakap yang semalam first time aku main ice skate dengan member-member.Mula-mula aku tak nak sebab tak reti and malas,tapi dorang ajak jugak.So,aku pun pergi lah.Memang kekok giler kot jalan atas ice.Jeles tengok orang-orang yang reti maen tu.Tapi dah maen lame sikit macam dah ok sikit lah,but still tak laju.Macam budak baru belajar jalan pun ada.


Tapi ni sebenarnya cerita aku.Thanx a lot to my BFF sebab diorang bagi surprise yang memang aku tak sangka.Terkejut giler-giler bila aku nampak bintang aku.Kesian khai yang duduk sebelah aku kene tampar bertubi-tubi.~Biane~Aku memang tak sangka la dia nak pergi jugak.Then main skate same-same.Comey nye.Tulah hari yang paling happy bagi aku rasanya.Surprise yang sangat-sangat tak diduga.Dah,taknak cerita panjang-panjang sebab nanti ada yg muntah pulak.Haha.Rest of the story biar aku simpan je :)

Thursday, April 28, 2011

formspring.me

nak tau ape??? http://formspring.me/sakinahqistina

with my star







Okay,penat aku sokong real madrid malam tadi boleh pulak dia kalah 0-2 dengan barcelona.
Si messi la punye pasal,dua-dua gol dia lantak. Hebat sangat lah tu.






Takpe-takpe,chaiyok-chaiyok untuk next match 30/4 ni dengan zaragoza.
Awak kita sokong real madrid lagi ye,haha.

Saturday, April 23, 2011

Smile :)

Assalamualaikum,

senyum sokmo :)
Hye guys,


Actually aku tak berape nak ade point la kan untuk post kali ni,cume aku nak cakap sikit la yang aku tak berapa gemar dengan insan-insan yang kalau tulis short form tu macam ni lah contohnye.


"Kau x rasew kew y dye tue x sukew kt kau",eh tak reti la aku nak cakap.

Tapi kesimpulannya macam tu lah.Kalau nak short form pun biarlah sopan santun sikit cik kak oi.*selalu nya girls lah yang suka tulis macam ni*.Jangan lah rosakkan bahasa sampai macam tu sekali.Aku lagi rela baca text kawan aku yang macam sifu tongga tu daripada baca text orang macam ni.Aku tak cakap la aku bagus sebab nobody is perfect,tapi cuma aku tak berapa berkenan la.Fikir sepuluh kali aku kalau nak buat menantu.Haha.Tapi itu hak masing-masing la kan.So,aku tak boleh nak cakap ape-ape.Cuma dapat cakap kat blog ni je lah.Macam mane nak jadi 'insan yang cemerlang' kalau tulis pun tak betul macam ni.Ish,ish,ish.


Takde kene mengena tau dengan orang-orang yang bace blog ni.Aku cakap ni pasal member kepada member aku yang kat Gurun  Sahara tu.Kalau ade yang terasa sorry sangat-sangat.


p/s: take 5 lepas baca ctu,wish me all da best :)

Thursday, April 21, 2011

Anak muda masa kini

Assalamualaikum,
gelagat remaja sekarang...


Kadang-kadang tu kan aku rasa sedih sangat bila tengok anak-anak remaja sekarang ni.Semuanya macam dah hilang pedoman hidup.Parents macam dah tak peduli kat anak masing-masing.yang diorang dok sibuk cari duit sebab nak bagi kesenangan kat keluarga,bukannya sibuk nak bagi kasih sayang.Kenapa sibuk sangat nak kumpul harta banyak-banyak?Ha,siapa yang paling banyak harta yang paling kaya kat dunia ni dialah yang masuk syurga ye.Gitu? Tak kan.Tujuan kita hidup ni untuk mengabdikan diri kepada Allah, tuhan yang menciptakan kita.Beramal ibadat sebanyak yang mungkin untuk bekalan hari akhirat kelak.Tapi tujuan hidup manusia zaman sekarang ni dah jauh terpesong.Kejar duniawi sampai lupa main point kenapa kita ada kat dunia ni.

Bila tengok budak-budak yang pakai baju seragam sekolah dok sepit rokok rasa kesian sangat .Hidup diorang seolah-olah takde arah tuju.Macam diabaikan oleh parents pun ada.Tapi memang tulah hakikat hidup sekarang ni.Kalau kita tengok lah kan kebanyakan remaja-remaja yang macam ni selalunya ada masalah keluarga.May be tension sebab parents tak cukup duit untuk penuhi kehendak diorang, ni kalau yang dari family yang agak kurang berduit.Kalau tengok dari family yang kaya raya bisanya diorang tak dapat kasih sayang yang diorang nak dari parents diorang.Diorang rasa terabai dok kat rumah.Mane tak nye,keluar pagi pergi sekolah parents dah pergi kerja,balik sekolah parents belum balik kerja lagi.Duduk kat rumah takde siapa-siapa.Diorang fikir lebih baik melepak dengan kawan-kawan.Dan bila melepak tu mulalah terpengaruh dengan macam-macam gejala yang tak sihat.Mula-mula tu iyelah try rokok dulu.Tu pun sebatang share 4-5 orang,lame-lame dah pandai beli sendiri.Lame-lame lagi rase rokok tu tak cukup cool,try pulak dadah.Mula dari sinilah hidup diorang akan hancur sikit demi sikit.

Jomlah sama-sama kita fikir macam mana nak sedarkan diorang supaya tak terpesong jauh dan supaya tak hilang pedoman hidup.Sorang member aku tengah berusaha nak ubah golongan penkid and lesbian.Satu benda yang amat mencabar dan makan masa bertahun-tahun.Aku harap sangat dan berdoa supaya usaha dye berjaya disamping membantu dye sikit-sikit.Bukan senang nak ubah seseorang tu kalau dye tak nak ubah diri dye sendiri.

Kepada sesiapa yang terbaca entry ni,aku harap sangat korang dapat bagi pendapat,pandangan atau cadangan untuk membantu member aku ni dalam usaha dye membanteras gejala tak sihat ni.Dan tak lupa jugak tentang remaja-remaja yang terpesong ni sebab ni pun antara projek member aku tu jugak.

Jutaan terima kasih diucapkan jika ada pendapat yang diberikan.

Monday, April 18, 2011



The best abang ever...
Sayang abang sangat-sangat :)

Sunday, April 17, 2011

Gumaho

Assalamualaikum,


separuh dari beban ni dah berjaya di settle kan :)
Alhamdulillah,lepas beberapa lama menunggu akhirnya habis juga separuh bebanan yang aku tanggung selama ni.Baru tadi aku dah selamat settle kan practical exam.Alhamdulillah dapat projection yang agak senang la.Takde la sampai boleh jadi kurang siuman nak pikir.Lega sangat-sangat bila dah habis.Sekarang ni tinggal fokus untuk final je.


ala-ala rantai kita kan awak,penat google jumpa pun :)
Satu lagi,Aku bersyukur sangat-sangat sebab kawan aku dah balik semula dekat aku.Betul la apa yang orang kata there'a always a little pain behind every it's okay.Memang la reaksi dye macam takde apa-apa yang jadi tapi aku tau dalam hati mesti terluka walaupun sikit.

Awak,lepas ni kita dah tak nak sakitkan hati awak lagi.Kita tak nak awak masam muka lagi.Cukuplah 2 hari kita terseksa.Bak kata nuna,tu lah buat perangai lagi,padan muka.

Kita harap sangat kita berdua akan jadi kawan baek sampai bila-bila.Kita pakai rantai ni sampai bila-bila tau.Awak nak tau tak,masa kita tak tegur 2 hari lepas penyangkut rantai ni rosak.Pastu rantai ni asyik nak tercabut je.Macam tau-tau je kita ada problem.Walaupun sakit nak pakai sebab dawai dye dah terkeluar kita pakai jugak sebab bagi kita kalau kita cabut rantai ni maknanya terputus lah persahabatan kita.

Apa-apa pun,terima kasih sangat sebab boleh tegur kita balik.Kita tau sakit hati awak dah reda sikit.Tu yang awak tegur kita kan.Semalam memang kita nak nangis bila baca message awak.Tapi dalam hati je la kita nangis sebab time tu ramai orang kat bilik.Heeee.

p/s: kualiti post arini kurang memberangsangkan.tak sukaaa....

Saturday, April 16, 2011

ILYVM

Assalamualaikum,


Saat ni,aku terkelu dan terkesima untuk beberapa detik.Aku memang tak sangka weyh kau akan tegur aku.Aku memang giler-giler tak sangka.Aku rase macam mimpi.Aku lempang-lempang pipi aku,sakit...aku tak mimpi.Biarlah aku terus perasan sendiri.Aku tak nak kau tau aku suke kau.Ayat kau memang sweet la weyh,jatuh cinta terus kot.Kau sangat lah bersopan santun.Nak ganas-ganas sikit pn tak sampai hati aku.
p/s: terima kasih buat aku suka kau :)

Friday, April 15, 2011

moody~

Assalamualaikum,


gambaran 99.99999% perasaan aku :(
Hai,


Hari ni mood aku bercampur aduk dah macam rojak.Sedih,terkilan,rase diri macam useless n macam-macam lagi lah.Yang pasti semuanya negatif.Dah habis satu paper untuk final tapi rase macam ape je.Aku rase teruk giler,tapi aku hope sangat boleh cemerlang untuk paper ni.


Anyway,mood aku memang tak ok pada batinnya,tapi aku cuba untuk ceria depan member-member.Ntah lah kan,susah nak cakap aku sedih sebab ape sebenarnya ke takde sebab.Tapi sebenarnye ade sebab.Haha,dah macam ayat k****g.


Hrmm,takpelah biar aku je lah yang rase ape yang aku rase sekarang ni.Nak tulis pun susah la.Cuma aku nak bertanya lah dan aku pun sedang berfikir salah ke kita nak kawan dengan orang yang menjadi pujaan ramai,orang yang diminati oleh orang tapi bukan boyfiee orang ye. 


p/s: blog aku ni memang takde input.saje suka-suka.heee...

Wednesday, April 13, 2011

Dimana keredhaan Allah yang kita cari

Assalamualaikum,

tido takpe,tapi meniru jangan...=)

Hello guys,

Semalam a.k.a tadi malam lepas penat study(study lah sangat) aku pun pergi lah berjalan-jalan melawat kawasan rumah-rumah member aku yang laen,haha ala-ala YB gitu.Aku punye lah bajet diorang ni study rupa-rupanya takde lah study sangat.Biasa-biasa je.Maklumlah test hari ni true false je,tp pening jugak nak menjawabnye.

Jalan punye jalan sampai lah aku kat rumah BFF aku,bukan boyfriend forever ye.Dah duduk kat situ melekat lah sampai 2-3 jam.Borak punye borak tiba-tina terkeluar pasal dejavu,then termasuk topic tiru-meniru.Tapi hari ni tujuan aku menulis bukan nak cakap pasal dejavu tapi pasal meniru.Yang dejavu tu laen kali lah pulak.
Aku sebenarnya nak kongsi sikit kat sini pasal tiru-meniru ni.Tadi kitorang ada la cakap pasal kita ni kalau ada test je mesti meniru.Semua tu sebab tak yakin dengan diri sendiri and sebab tak baca lecture notes and sebab banyak sangat test dalam satu minggu tu.Tapi kan member aku cakap lah ustazah dia dulu pernah cakap tentang implikasi meniru yang kita sendiri tak pernah nak terfikir.

So, dekat sini aku nak kita fikir sama-sama supaya kita tak buat lagi.Macam ni ustazah dia cakap,let say lah,kita meniru sekarang ni walaupun time test for sure lah kita akan dapat markah banyak sikit daripada orang yang tak meniru kan.Bila dah dapat markah banyak mesti akan membantu result kita untuk final.Bila result final kita keluar kita mesti lah dapat pointer yang lagi gempak daripada member-member yang laen kan.Bila kita dah habis belajar tak kira la diploma ke ijazah ke master ke PhD ke mesti lah kita nak bekerja kan.Dan kebetulan kita pergi interview tu dengan member kita yang dulu tu tak pernah meniru tu.Kompem lah kita yang akan dapat kerja tu sebab kita punye result lagi gempak dari dia.Dan dia pun akan balik dengan hati yang patah,luka dan berdarah dan harapan yang musnah hancur dan berkecai.Dekat sini kita dah menutup pintu rezeki orang yang sepatutnya lebih layak dari kita.

Then, bila kita kawen, ade anak kita mula lah rase pelik kenapa lah anak tu bebal sangat tak masuk diajar.Kita cakap A dia kata Z.Kita cakap sepatah seribu patah dia jawab.Nakalnye tak payah cerita lah kan.Nak cakap buat bende tak elok takde pulak.Makan benda yang bukan-bukan takde jugak.Rezeki yang kita cari rasenye macam halal kan.Tapi tu lah yang kita tak perasan.Memang kita kerja dengan kerja yang halal bukan mencuri,merompak or meragut.Tapi kita tak perasan yang tadi kita dah tutup pintu rezeki orang yang lebih layak dari kita.So, segala rezeki yang kita dapat tu pada zahirnya halal tapi pada hakikatnya jadi rezeki yang tak halal.Semua tu disebabkan benda kecik je that is meniru time test masa belajar dulu.
So, renung-renungkan lah dan cuba ubah diri kita untuk jadi much better than before.Mungkin tuhan tak kan bagi balasan kat kita sekarang tapi nanti effect nya keturunan kita lah yang jadi mangsa.

p/s: peringatan untuk member-member dan aku sendiri yang pernah meniru time test.Taubat lepas ni aku tak buat dah.

Monday, April 11, 2011

Dimana bintangku!!!

Assalamualaikum,




Waaaaa...kenapa aku perlu rase sedih bile seseorang tu takde hari ni hari laen or hari-hari seterusnya? Kenapa? Dia bukan siapa-siapa pun,aku tak berhak nak suruh dia ada sepanjang masa.Kenapa aku kene rase macam ni? Mungkin dia dah bagi harapan kat aku ke? Ke aku yang perasan? Ke dia dah ade yang spesel di hati? Penat aku fikir tapi aku memang tak dapat jawapan lagi kenapa aku perlu rasa kehilangan.Kenapa kenapa dan kenapa?*kau ni dah giler agaknya sakinah*

Sunday, April 10, 2011

Cinta???

Assalamualaikum,

love after married :)


Hye guys,

Masa aku tengah membasuh baju tadi (rajinnye...awek anak sapa ni..haha) tiba-tiba aku teringat balik beberapa benda yang pernah terjadi dalam hidup aku,actually more about love. Aku pun terfikir la sebenarnya umur kita aku yang sekarang ni sesuai ke tak untuk fikir pasal cinta,kahwin or anything else yang sewaktu dengannya.Abang aku cakap tak sesuai lah dik,belajar dulu. Tapi berdasarkan survey aku, rata-rata member aku ade garfield girlfiee or boyfiee.Kalau takde 'teman hidup' ni orang akan pandang pelik la,mula la cakap kita ni kolot la,bajet la ape la.Tak paham lah aku.

Tapi aku memang respect tahap dewa la kat boys yang tak ade girl/s or yang lebih tepatnya yang tak pernah ade gilr/s.Susah tau nak cari boys yang tak pernah bercinta ni.Selama hayat aku hidup ni, aku pernah jumpe sorang je.Tak tau la yang laen-laen tu kalau diorang tak nak cakap dengan aku kan.

Lagi satu, aku tak paham la boys yang cuba nak try awek tapi tak pandai nak mengayat.Agak-agak la der kalau nak try tu. Jangan lah guna taktik lama,refresh sikit minda tu.Girls pun dah boleh baca la idea lapuk korang tu.

p/s: post yang takde point.aku nak cakap bende laen sebenarnye tapi  tertulis laen pulak.

Saturday, April 9, 2011

:)



Assalamualaikum,




Thanks for every single thing bro!

Friday, April 8, 2011

Selangkah sebelum final

Assalamualaikum,


all da best kawan-kawan :)


Hai kawan-kawan!


Hari ni aku terperasan beberapa benda semasa mengusha-usha blog member-member aku.Boleh dikatakan dalam blog diorang mesti ade perkataan final,kekuatan,study.Ahaaa..apakah semua ini?


Sebenarnya sekarang ni demam final exam dah melanda semua student especially students Uitm.Yang lagi menyerabutkan kami semua, exam berturut-turut sampai ahad pun ade exam.Langsung takde gap untuk study.Tak macam sem lepas 2-3 hari gap untuk next subject.Nak buat macam mane kan.Kita kene ikut je la arahan Uitm ni sebab diorang nak rombak sistem untuk pendekkan masa study.


Kesimpulannya, sekarang ni semua orang mesti start study kalau nak dapat result yang terbaek.Tapi tu lah kan macam-macam dugaan dan cubaan kalau nak study tu.Syaitan ni memang benci betul kalau tengok kita start study.Ade je cara dye nak lalaikan kita.So, sebelum study tu bacalah doa, kalau study 1/3 malam tu buatlah solat sunat dulu ke,mengaji ke untuk elakkan niat kita bangun nak study tu terpesong.


Sebagai contoh, kalau dah study depan laptop tu memang tak sah la kan kalau tak online.Lagi satu tak sah jugak lah kalau tak tengok JOZAN mengarut.Oh yeah! pun same jugak.Ish ish ish,melalaikan je semua tu.Hahaha.*ni semua aku yang buat haha*

Tuesday, April 5, 2011

BENGANG!

Assalamualaikum,


setiap mase lah tension jawab nye :(


Guys,


Aku bengang hari ni,naseb tak jadi bangang je.Kalau tak habislah.Apesal la pasal bende kecik je korang nak gaduh-gaduh.Aku tak suka la kawan dengan kawan macam ni.


Dah la dengan lab report nye,assignment nye semua orang tak nak tolak ansur sikit.Jual ikan semuanya.Dengan essay english ni lagi.Beku,jem otak aku.Waaaaarrghhh!!!!

Sunday, April 3, 2011

Sakit segalanya

Assalamualaikum,


ni posisi aku lah dalam team tadi :)
Hello guys,


Waaaahh!!! hari ni terasa penat sekali.Tapi penat yang tak berbaloi.Rase sedih pun ade,tapi chill la kan sebab semua orang pun happy je aku tengok.Takdela tension sangat.


Actually,hari ni kitorang ade game netball antara course FSK.So,aku yang memang tak berbakat langsung ni pun tibe-tibe je dipilih jadi player sebabnye aku ni tinggi.Ntah pape je..Nasib badan lah.


Game kitorang tadi memang worse giler la.Ade ke awal-awal dah group kan kitorang dengan player UiTM,memang kalah lah kan jawabnye.10-1 kitorang kene belasah.Next game lawan dengan budak-budak yang tak kurang hebatnya lah.Malang lagi sekali kitorang kalah nipis dengan diorang 8-5,tapi kitorang still lepak je.Haha.Last game kitorang menang dengan 10-0,tapi malang jugak sebabnya kitorang still tak dapat lawan untuk 3rd and 4th place.So,jadinya konklusinya tamatlah riwayat kitorang sampai situ.Nak buat macam mane,dah bukan rezeki kita.


Tapi satu bende yang buat aku panas hari ni,aku jatuh kot tadi,tapi adatlah kan jatuh sikit-sikit,tapi yang aku rase geram sangat seluar aku yang baru lagi mahal tu koyak.Sabar je lah kan,dah la dengan dua-dua lutut aku tercedera parah,nak sujud pun susah.Sabar je lah kan.Memang kene banyak bersabar.

Friday, April 1, 2011

Ini adalah fakta!

Assalamualaikum,
setitis darah mampu menyelamatkan nyawa :)


Hye guys,


Hari ni tak ade apa-apa yang menarik untuk entri aku kali ni.Just nak share dengan korang semua fakta tentang darah.Maklumlah baru semalam derma darah.Hehe.
Semoga korang dapat manfaat and dapat tambahkan ilmu pengetahuan sedikit demi sedikit.


Enjoy reading!
  • 7% dari berat tubuh manusia adalah darah.
  • Darah terdiri dari sel darah merah, sel darah putih dan trombosit (platelets).
  • Darah manusia mengapung dalam cairan berwarna kuning yang dinamakan plasma darah. Plasma darah terdiri dari 90% air dan juga terdiri dari berbagai kandungan gizi, elektrolit, gas, protein, glukosa dan hormon.
  • Sel darah merah dihasilkan di dalam tulang sumsum dan disalurkan ke seluruh tubuh selama 120 hari.
  • Sel darah putih merupakan sistem imunisasi tubuh yang penting. Ia mencegah dari berbagai serangan bakteri, virus, sel kanser, infeksi dan lain lain.
  • Trombosit membantu penggumpalan darah  apabila kulit kita terluka. Penggumpalan darah dapat memberi kesan negatif, apabila penggumpalan terjadi di pembuluh darah dan mengalir ke otak, boleh menyebabkan strok.
    Apabila penggumpalan mengalir ke jantung maka akan menyebabkan serangan jantung.
  • Selain mengalirkan bahan-bahan yang penting bagi sel tubuh kita, darah juga membantu membuang kandungan yang tidak diperlukan oleh tubuh kita.
  • Pembahagian jenis darah manusia merupakan proses yang rumit. Kini ada sekitar 30 jenis darah manusia.Lebih dikenali dengan sistem “ABO” sistem yang lebih sederhana dimana jenis darah digolongkan menjadi O, A, B dan AB.
  • Banyak dermawan menyumbangkan darahnya setiap tahun. Darah ini sangat penting bagi yang memerlukan atau dibuat untuk ujian.      
  • Tidak semua orang dapat menyumbangkan darahnya. Mereka harus diperiksa terlebih dahulu adakah mereka memiliki penyakit yang dapat berjangkit melalui darah.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...