Saturday, April 16, 2011

ILYVM

Assalamualaikum,


Saat ni,aku terkelu dan terkesima untuk beberapa detik.Aku memang tak sangka weyh kau akan tegur aku.Aku memang giler-giler tak sangka.Aku rase macam mimpi.Aku lempang-lempang pipi aku,sakit...aku tak mimpi.Biarlah aku terus perasan sendiri.Aku tak nak kau tau aku suke kau.Ayat kau memang sweet la weyh,jatuh cinta terus kot.Kau sangat lah bersopan santun.Nak ganas-ganas sikit pn tak sampai hati aku.
p/s: terima kasih buat aku suka kau :)

Friday, April 15, 2011

moody~

Assalamualaikum,


gambaran 99.99999% perasaan aku :(
Hai,


Hari ni mood aku bercampur aduk dah macam rojak.Sedih,terkilan,rase diri macam useless n macam-macam lagi lah.Yang pasti semuanya negatif.Dah habis satu paper untuk final tapi rase macam ape je.Aku rase teruk giler,tapi aku hope sangat boleh cemerlang untuk paper ni.


Anyway,mood aku memang tak ok pada batinnya,tapi aku cuba untuk ceria depan member-member.Ntah lah kan,susah nak cakap aku sedih sebab ape sebenarnya ke takde sebab.Tapi sebenarnye ade sebab.Haha,dah macam ayat k****g.


Hrmm,takpelah biar aku je lah yang rase ape yang aku rase sekarang ni.Nak tulis pun susah la.Cuma aku nak bertanya lah dan aku pun sedang berfikir salah ke kita nak kawan dengan orang yang menjadi pujaan ramai,orang yang diminati oleh orang tapi bukan boyfiee orang ye. 


p/s: blog aku ni memang takde input.saje suka-suka.heee...

Wednesday, April 13, 2011

Dimana keredhaan Allah yang kita cari

Assalamualaikum,

tido takpe,tapi meniru jangan...=)

Hello guys,

Semalam a.k.a tadi malam lepas penat study(study lah sangat) aku pun pergi lah berjalan-jalan melawat kawasan rumah-rumah member aku yang laen,haha ala-ala YB gitu.Aku punye lah bajet diorang ni study rupa-rupanya takde lah study sangat.Biasa-biasa je.Maklumlah test hari ni true false je,tp pening jugak nak menjawabnye.

Jalan punye jalan sampai lah aku kat rumah BFF aku,bukan boyfriend forever ye.Dah duduk kat situ melekat lah sampai 2-3 jam.Borak punye borak tiba-tina terkeluar pasal dejavu,then termasuk topic tiru-meniru.Tapi hari ni tujuan aku menulis bukan nak cakap pasal dejavu tapi pasal meniru.Yang dejavu tu laen kali lah pulak.
Aku sebenarnya nak kongsi sikit kat sini pasal tiru-meniru ni.Tadi kitorang ada la cakap pasal kita ni kalau ada test je mesti meniru.Semua tu sebab tak yakin dengan diri sendiri and sebab tak baca lecture notes and sebab banyak sangat test dalam satu minggu tu.Tapi kan member aku cakap lah ustazah dia dulu pernah cakap tentang implikasi meniru yang kita sendiri tak pernah nak terfikir.

So, dekat sini aku nak kita fikir sama-sama supaya kita tak buat lagi.Macam ni ustazah dia cakap,let say lah,kita meniru sekarang ni walaupun time test for sure lah kita akan dapat markah banyak sikit daripada orang yang tak meniru kan.Bila dah dapat markah banyak mesti akan membantu result kita untuk final.Bila result final kita keluar kita mesti lah dapat pointer yang lagi gempak daripada member-member yang laen kan.Bila kita dah habis belajar tak kira la diploma ke ijazah ke master ke PhD ke mesti lah kita nak bekerja kan.Dan kebetulan kita pergi interview tu dengan member kita yang dulu tu tak pernah meniru tu.Kompem lah kita yang akan dapat kerja tu sebab kita punye result lagi gempak dari dia.Dan dia pun akan balik dengan hati yang patah,luka dan berdarah dan harapan yang musnah hancur dan berkecai.Dekat sini kita dah menutup pintu rezeki orang yang sepatutnya lebih layak dari kita.

Then, bila kita kawen, ade anak kita mula lah rase pelik kenapa lah anak tu bebal sangat tak masuk diajar.Kita cakap A dia kata Z.Kita cakap sepatah seribu patah dia jawab.Nakalnye tak payah cerita lah kan.Nak cakap buat bende tak elok takde pulak.Makan benda yang bukan-bukan takde jugak.Rezeki yang kita cari rasenye macam halal kan.Tapi tu lah yang kita tak perasan.Memang kita kerja dengan kerja yang halal bukan mencuri,merompak or meragut.Tapi kita tak perasan yang tadi kita dah tutup pintu rezeki orang yang lebih layak dari kita.So, segala rezeki yang kita dapat tu pada zahirnya halal tapi pada hakikatnya jadi rezeki yang tak halal.Semua tu disebabkan benda kecik je that is meniru time test masa belajar dulu.
So, renung-renungkan lah dan cuba ubah diri kita untuk jadi much better than before.Mungkin tuhan tak kan bagi balasan kat kita sekarang tapi nanti effect nya keturunan kita lah yang jadi mangsa.

p/s: peringatan untuk member-member dan aku sendiri yang pernah meniru time test.Taubat lepas ni aku tak buat dah.

Monday, April 11, 2011

Dimana bintangku!!!

Assalamualaikum,




Waaaaa...kenapa aku perlu rase sedih bile seseorang tu takde hari ni hari laen or hari-hari seterusnya? Kenapa? Dia bukan siapa-siapa pun,aku tak berhak nak suruh dia ada sepanjang masa.Kenapa aku kene rase macam ni? Mungkin dia dah bagi harapan kat aku ke? Ke aku yang perasan? Ke dia dah ade yang spesel di hati? Penat aku fikir tapi aku memang tak dapat jawapan lagi kenapa aku perlu rasa kehilangan.Kenapa kenapa dan kenapa?*kau ni dah giler agaknya sakinah*

Sunday, April 10, 2011

Cinta???

Assalamualaikum,

love after married :)


Hye guys,

Masa aku tengah membasuh baju tadi (rajinnye...awek anak sapa ni..haha) tiba-tiba aku teringat balik beberapa benda yang pernah terjadi dalam hidup aku,actually more about love. Aku pun terfikir la sebenarnya umur kita aku yang sekarang ni sesuai ke tak untuk fikir pasal cinta,kahwin or anything else yang sewaktu dengannya.Abang aku cakap tak sesuai lah dik,belajar dulu. Tapi berdasarkan survey aku, rata-rata member aku ade garfield girlfiee or boyfiee.Kalau takde 'teman hidup' ni orang akan pandang pelik la,mula la cakap kita ni kolot la,bajet la ape la.Tak paham lah aku.

Tapi aku memang respect tahap dewa la kat boys yang tak ade girl/s or yang lebih tepatnya yang tak pernah ade gilr/s.Susah tau nak cari boys yang tak pernah bercinta ni.Selama hayat aku hidup ni, aku pernah jumpe sorang je.Tak tau la yang laen-laen tu kalau diorang tak nak cakap dengan aku kan.

Lagi satu, aku tak paham la boys yang cuba nak try awek tapi tak pandai nak mengayat.Agak-agak la der kalau nak try tu. Jangan lah guna taktik lama,refresh sikit minda tu.Girls pun dah boleh baca la idea lapuk korang tu.

p/s: post yang takde point.aku nak cakap bende laen sebenarnye tapi  tertulis laen pulak.

Saturday, April 9, 2011

:)



Assalamualaikum,




Thanks for every single thing bro!

Friday, April 8, 2011

Selangkah sebelum final

Assalamualaikum,


all da best kawan-kawan :)


Hai kawan-kawan!


Hari ni aku terperasan beberapa benda semasa mengusha-usha blog member-member aku.Boleh dikatakan dalam blog diorang mesti ade perkataan final,kekuatan,study.Ahaaa..apakah semua ini?


Sebenarnya sekarang ni demam final exam dah melanda semua student especially students Uitm.Yang lagi menyerabutkan kami semua, exam berturut-turut sampai ahad pun ade exam.Langsung takde gap untuk study.Tak macam sem lepas 2-3 hari gap untuk next subject.Nak buat macam mane kan.Kita kene ikut je la arahan Uitm ni sebab diorang nak rombak sistem untuk pendekkan masa study.


Kesimpulannya, sekarang ni semua orang mesti start study kalau nak dapat result yang terbaek.Tapi tu lah kan macam-macam dugaan dan cubaan kalau nak study tu.Syaitan ni memang benci betul kalau tengok kita start study.Ade je cara dye nak lalaikan kita.So, sebelum study tu bacalah doa, kalau study 1/3 malam tu buatlah solat sunat dulu ke,mengaji ke untuk elakkan niat kita bangun nak study tu terpesong.


Sebagai contoh, kalau dah study depan laptop tu memang tak sah la kan kalau tak online.Lagi satu tak sah jugak lah kalau tak tengok JOZAN mengarut.Oh yeah! pun same jugak.Ish ish ish,melalaikan je semua tu.Hahaha.*ni semua aku yang buat haha*
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...