Saturday, April 30, 2011

gembira bersama bintangku :)

Assalamualaikum,

nak reti maen macam orang lain :(
(bulanbintang)


Hari ni sebenarnye aku nak cakap pasal semalam.Tapi...cop cop cop,aku nak cakap jugak yang sekarang ni aku dah ada kat rumah.Best pun ye sedey pun ye.Best sebab dah balik rumah la kan,sedey sebab da tak jumpa my bintang member-member lagi untuk lebih kurang 4-5 bulan akan datang.Huhu.


Okay,back to my main point.Aku nak cakap yang semalam first time aku main ice skate dengan member-member.Mula-mula aku tak nak sebab tak reti and malas,tapi dorang ajak jugak.So,aku pun pergi lah.Memang kekok giler kot jalan atas ice.Jeles tengok orang-orang yang reti maen tu.Tapi dah maen lame sikit macam dah ok sikit lah,but still tak laju.Macam budak baru belajar jalan pun ada.


Tapi ni sebenarnya cerita aku.Thanx a lot to my BFF sebab diorang bagi surprise yang memang aku tak sangka.Terkejut giler-giler bila aku nampak bintang aku.Kesian khai yang duduk sebelah aku kene tampar bertubi-tubi.~Biane~Aku memang tak sangka la dia nak pergi jugak.Then main skate same-same.Comey nye.Tulah hari yang paling happy bagi aku rasanya.Surprise yang sangat-sangat tak diduga.Dah,taknak cerita panjang-panjang sebab nanti ada yg muntah pulak.Haha.Rest of the story biar aku simpan je :)

Thursday, April 28, 2011

formspring.me

nak tau ape??? http://formspring.me/sakinahqistina

with my star







Okay,penat aku sokong real madrid malam tadi boleh pulak dia kalah 0-2 dengan barcelona.
Si messi la punye pasal,dua-dua gol dia lantak. Hebat sangat lah tu.






Takpe-takpe,chaiyok-chaiyok untuk next match 30/4 ni dengan zaragoza.
Awak kita sokong real madrid lagi ye,haha.

Saturday, April 23, 2011

Smile :)

Assalamualaikum,

senyum sokmo :)
Hye guys,


Actually aku tak berape nak ade point la kan untuk post kali ni,cume aku nak cakap sikit la yang aku tak berapa gemar dengan insan-insan yang kalau tulis short form tu macam ni lah contohnye.


"Kau x rasew kew y dye tue x sukew kt kau",eh tak reti la aku nak cakap.

Tapi kesimpulannya macam tu lah.Kalau nak short form pun biarlah sopan santun sikit cik kak oi.*selalu nya girls lah yang suka tulis macam ni*.Jangan lah rosakkan bahasa sampai macam tu sekali.Aku lagi rela baca text kawan aku yang macam sifu tongga tu daripada baca text orang macam ni.Aku tak cakap la aku bagus sebab nobody is perfect,tapi cuma aku tak berapa berkenan la.Fikir sepuluh kali aku kalau nak buat menantu.Haha.Tapi itu hak masing-masing la kan.So,aku tak boleh nak cakap ape-ape.Cuma dapat cakap kat blog ni je lah.Macam mane nak jadi 'insan yang cemerlang' kalau tulis pun tak betul macam ni.Ish,ish,ish.


Takde kene mengena tau dengan orang-orang yang bace blog ni.Aku cakap ni pasal member kepada member aku yang kat Gurun  Sahara tu.Kalau ade yang terasa sorry sangat-sangat.


p/s: take 5 lepas baca ctu,wish me all da best :)

Thursday, April 21, 2011

Anak muda masa kini

Assalamualaikum,
gelagat remaja sekarang...


Kadang-kadang tu kan aku rasa sedih sangat bila tengok anak-anak remaja sekarang ni.Semuanya macam dah hilang pedoman hidup.Parents macam dah tak peduli kat anak masing-masing.yang diorang dok sibuk cari duit sebab nak bagi kesenangan kat keluarga,bukannya sibuk nak bagi kasih sayang.Kenapa sibuk sangat nak kumpul harta banyak-banyak?Ha,siapa yang paling banyak harta yang paling kaya kat dunia ni dialah yang masuk syurga ye.Gitu? Tak kan.Tujuan kita hidup ni untuk mengabdikan diri kepada Allah, tuhan yang menciptakan kita.Beramal ibadat sebanyak yang mungkin untuk bekalan hari akhirat kelak.Tapi tujuan hidup manusia zaman sekarang ni dah jauh terpesong.Kejar duniawi sampai lupa main point kenapa kita ada kat dunia ni.

Bila tengok budak-budak yang pakai baju seragam sekolah dok sepit rokok rasa kesian sangat .Hidup diorang seolah-olah takde arah tuju.Macam diabaikan oleh parents pun ada.Tapi memang tulah hakikat hidup sekarang ni.Kalau kita tengok lah kan kebanyakan remaja-remaja yang macam ni selalunya ada masalah keluarga.May be tension sebab parents tak cukup duit untuk penuhi kehendak diorang, ni kalau yang dari family yang agak kurang berduit.Kalau tengok dari family yang kaya raya bisanya diorang tak dapat kasih sayang yang diorang nak dari parents diorang.Diorang rasa terabai dok kat rumah.Mane tak nye,keluar pagi pergi sekolah parents dah pergi kerja,balik sekolah parents belum balik kerja lagi.Duduk kat rumah takde siapa-siapa.Diorang fikir lebih baik melepak dengan kawan-kawan.Dan bila melepak tu mulalah terpengaruh dengan macam-macam gejala yang tak sihat.Mula-mula tu iyelah try rokok dulu.Tu pun sebatang share 4-5 orang,lame-lame dah pandai beli sendiri.Lame-lame lagi rase rokok tu tak cukup cool,try pulak dadah.Mula dari sinilah hidup diorang akan hancur sikit demi sikit.

Jomlah sama-sama kita fikir macam mana nak sedarkan diorang supaya tak terpesong jauh dan supaya tak hilang pedoman hidup.Sorang member aku tengah berusaha nak ubah golongan penkid and lesbian.Satu benda yang amat mencabar dan makan masa bertahun-tahun.Aku harap sangat dan berdoa supaya usaha dye berjaya disamping membantu dye sikit-sikit.Bukan senang nak ubah seseorang tu kalau dye tak nak ubah diri dye sendiri.

Kepada sesiapa yang terbaca entry ni,aku harap sangat korang dapat bagi pendapat,pandangan atau cadangan untuk membantu member aku ni dalam usaha dye membanteras gejala tak sihat ni.Dan tak lupa jugak tentang remaja-remaja yang terpesong ni sebab ni pun antara projek member aku tu jugak.

Jutaan terima kasih diucapkan jika ada pendapat yang diberikan.

Monday, April 18, 2011



The best abang ever...
Sayang abang sangat-sangat :)

Sunday, April 17, 2011

Gumaho

Assalamualaikum,


separuh dari beban ni dah berjaya di settle kan :)
Alhamdulillah,lepas beberapa lama menunggu akhirnya habis juga separuh bebanan yang aku tanggung selama ni.Baru tadi aku dah selamat settle kan practical exam.Alhamdulillah dapat projection yang agak senang la.Takde la sampai boleh jadi kurang siuman nak pikir.Lega sangat-sangat bila dah habis.Sekarang ni tinggal fokus untuk final je.


ala-ala rantai kita kan awak,penat google jumpa pun :)
Satu lagi,Aku bersyukur sangat-sangat sebab kawan aku dah balik semula dekat aku.Betul la apa yang orang kata there'a always a little pain behind every it's okay.Memang la reaksi dye macam takde apa-apa yang jadi tapi aku tau dalam hati mesti terluka walaupun sikit.

Awak,lepas ni kita dah tak nak sakitkan hati awak lagi.Kita tak nak awak masam muka lagi.Cukuplah 2 hari kita terseksa.Bak kata nuna,tu lah buat perangai lagi,padan muka.

Kita harap sangat kita berdua akan jadi kawan baek sampai bila-bila.Kita pakai rantai ni sampai bila-bila tau.Awak nak tau tak,masa kita tak tegur 2 hari lepas penyangkut rantai ni rosak.Pastu rantai ni asyik nak tercabut je.Macam tau-tau je kita ada problem.Walaupun sakit nak pakai sebab dawai dye dah terkeluar kita pakai jugak sebab bagi kita kalau kita cabut rantai ni maknanya terputus lah persahabatan kita.

Apa-apa pun,terima kasih sangat sebab boleh tegur kita balik.Kita tau sakit hati awak dah reda sikit.Tu yang awak tegur kita kan.Semalam memang kita nak nangis bila baca message awak.Tapi dalam hati je la kita nangis sebab time tu ramai orang kat bilik.Heeee.

p/s: kualiti post arini kurang memberangsangkan.tak sukaaa....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...